Hari ini, 11 Ogos 2012, sudah dua tahun saya bekerja dalam bidang kewartawanan. Meskipun dalam bidang "local Paper"... saya bersyukur, walaupun bukan dalam "National Paper". Bukan tiada tawaran daripada "National Paper" pernah...telah dipanggil ke KL, tapi bila fikir balik..berdoa..pendapat dan nasihat daripada orang lain, saya membatalkan niat.
Ya..orang cakap peluang hanya datang sekali..emm mungkin..tapi saya berfikir lebih jauh daripada sekadar peluang untuk mengisi dompet dan menimba pengalaman.
Ya... mungkin sesetengah orang akan katakan saya rugi, namun jikalau saya imbas kembali, sekiranya saya menerima tawaran BH, mungkin untuk satu masa yang panjang saya tidak akan dapat menghabiskan masa dengan keluarga, teman-teman, dan yang paling penting, kasih sayang untuk orang-orang yang saya sayang.
Mungkin juga gaji lebih daripada sekarang, tapi mampu kah saya untuk berkorban untuk sesuatu yang saya tidak pasti?? emm...mungkin tidak...Saya tahu Tuhan itu bekerja dan selalu menolong... tapi saya juga terfikir, mungkin juga dia ingin menguji saya, sama ada saya sanggup pergi atau tidak semata-mata untuk saya fikirkan sesuatu yang dapat menjamin kerjaya saya atau kestabilan kewangan.
Saya bukanlah kanak-kanak yang membesar dan digolongkan dalam kategori "budak pintar"..jauh sekali jika dikatakan sebagai pelajar cemerlang. Tapi bila saya berfikir dengan lebih jauh...dan mengimbas kembali, saya sering berusaha untuk melakukan mengikut kemampuan diri sendiri.
Apa azam saya? Saya orang yang sederhana, baik dalam pergaulan hinggalah kepada cara pemakaian.
Harapan saya sederhana, saya ingin jalani kehidupan ini dengan hati yang gembira, disamping keluarga, dan orang yang saya sayangi...dan dapat rasakan kasih sayang antara satu sama lain.
Saya berfikir, tiada gunanya sekiranya saya memperolehi semua kekayaan di dunia atau kerjaya yang sangat baik, semata-mata untuk kepentingan diri sendiri sehingga meninggalkan keluarga dalam keadaan yang abstrak.
Saya tidak sanggup hancurkan hati ibubapa yang membesarkan saya. Bagi saya, keluarga adalah nombor satu dalam hidup saya. Walaupun kami bukan orang yang berada, dan ibubapa saya tidaklah mempunyai pendidikan yang tinggi, tapi saya bersyukur untuk kasih mereka dan pengorbanan hingga saya dan seorang lagi adik saya dapat melanjutkan pelajaran ke Univerisiti.
Itu adalah amanah mereka terhadap kami, dan saya juga bersyukur walaupun ibubapa saya orang biasa dan boleh dikatakan kami orang yang agak susah, tapi ibubapa tetap tabah untuk menyekolahkan kami adik-beradik.
Itu adalah kasih yang terbesar, saya berfikir sekiranya saya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan apa yang saya inginkan, saya sebenarnya gagal dalam kehidupan ini. Biarlah saya bermula dari bawah, asalkan mereka di sisi saya dan harapan saya, saya tidak mahu hidup senang sekiranya saya mengorbankan keluarga.
"Untuk apa saya hidup di dunia tanpa orang yang saya kasihi Tuhan?
Untuk apa saya korbankan mereka untuk mengejar keinginan hati yang bertentangan dengan kehendak-Mu?
Tiada sebab untuk meninggalkan mereka dan Engkau Tuhan?."
No comments:
Post a Comment