Media

Media
Si KILALIS@ lalis :) 2011

Friday, August 17, 2012

Ugutan maut: Cabaran "court reporter"

Hari ini :) pertama kali dalam kerjaya saya sebagai "news hunter" di mahkamah, boleh2 seorang accused tu buat sign "bunuh" dengan saya...time saya mau ambil gambar dia, dia boleh buat gitu.. macam buat sign kelar leher... saya pula pegang kemera Canon sy buat :) Smile dengan dia, saya pula senyum...

Apa-apa lah...mau ugut saya dengan tangan bergari... saya tidak takut, sebab lama juga dia dalam penjara..Itulah, seperti kata pepatah yang saya ingat dalam Amsal, apa yang kamu tabur, itu yang kamu tuai...

Kesalahan itu orang mengikut, Seksyen 39 A, Seksyen 12, Seksyen 6 semua ikut Akta Dadah Berbahaya 1952, sebab memiliki cannabis. Nasib baik bukan didakwa mengikut Seskyen 39 B akta sama, kalau tidak, tali gantung la jawapnya.

Emm, kalau ingat balik, saya pernah kena teriak dan hampir-hampir dilempar dengan selipar. Lepas itu, polis penjara yang iring dia cakap "Jangan lempar itu selipar, nanti kena tambah penjara lagi" hahaha maka itu accused pun jawap sambil pakai balik selipar dia "Memang masuk penjara lagi dah pun..." hahaha....

Tapi lucu juga, kenapa ibu bapa mahu sangat membela anak diaorang kalau dah buat salah. Itulah sebab anak jadi manja, kalau ibu bapa tidak dapat tunaikan permintaan anak dia, maka anak dia pun  buat hal sana sini, merompak dan mencuri.

Ada seorang ibu itu, di luar mahkamah berabis lah punya berdoa..sampai mau nangis2, tapi bila anaknya keluar...adusss macam drama bersiri...di sana la linangan air matanya..bersama kaum kerabatnya..jadi sebagai reporter saya hanya jalankan kerja..maka saya pun snap2 lah gambar..*mesti mau yang terbaik* jadi ibu itu tadi pun teriak dengan saya dengan nada yang kuat " JANGAN AMBIL GAMBAR BOLEH KAH??" aduhaiiii saya ini bukan suka sangat ambil gambar anak kau tu ba..tapi dia yang pergi merompak doktor kenapa...siap ambil dadah lagi...napa tidak dimarah ja anak kau tu...

Lagi, kaum kerabat anaknya itu, saya pun tidak kenal siapa..pak cik dia kah..abang dia kah...dengan gelang tangan silver yang besar lagi tebal...melihat saya dan siap dikatanya "TIDAK APA..DUNIA INI KECIL..." uh...ugutan itu ba....saya yang baru bekerja sebagai court reporter apa lagi..bergegar la.. cepat2 pergi dekat DPP wan...hahaha....

Walaupun saya perempuan badan kecil, tapi kalau lari2 snap gambar2 accused itu memang saya suka kalau ada laluan.. tapi tengok la kesnya macam mana... Tapi yang sioknya, semua court reporter, lapan orang dua saja yang lelaki...perempuan pun boleh juga jadi court reporter walaupu kadang2 memenatkan dan mencabar.

Tapi saya bersyukur, hampir dua tahun setengah saya jadi court reporter, Tuhan tetap pimpin saya dan menjaga keselamatan saya... itu yang penting... Kalau orang tanya saya, kenapa saya tidak cari keraja lain, saya mau saja tanya dengan itu orang "Kenapa Tuhan benarkan saya keraja dalam bidang ini?" dan yang paling penting, saya pernah berdoa, kalau kerja ini untuk saya Tuhan pasti akan buka jalan...walaupun sekadar menimba pengalaman.

"Tuhan saya bersyukur untuk apa yang telah Engkau berikan,
Saya tahu, bidang ini bukanlah kesukaan saya,
Namun saya seperti "bidan terjun" kerana terpaksa dalam tuntutan hidup,
Orang berkata namun yang merasa adalah saya..
Saya akui suka menulis, dan saya juga berfikir adakah ini jawapan Tuhan,
Cuma satu hal yang saya ingat ketika saya berdoa memohon pekerjaan ini
Sekiranya pekerjaan ini melupakan saya mengenai Engkau, maka pekerjaan ini bukan untuk saya,
Tapi Engkau buka jalan untuk saya...Apa pun yang terjadi, biar Engkau tetap menjadi keutamaan..Amen.."

Friday, August 10, 2012

Kerjaya dan mereka yang disayangi

Hari ini, 11 Ogos 2012, sudah dua tahun saya bekerja dalam bidang kewartawanan. Meskipun dalam bidang "local Paper"... saya bersyukur, walaupun bukan dalam "National Paper". Bukan tiada tawaran daripada "National Paper" pernah...telah dipanggil ke KL, tapi bila fikir balik..berdoa..pendapat dan nasihat daripada orang lain, saya membatalkan niat.
Ya..orang cakap peluang hanya datang sekali..emm mungkin..tapi saya berfikir lebih jauh daripada sekadar peluang untuk mengisi dompet dan menimba pengalaman.
Ya... mungkin sesetengah orang akan katakan saya rugi, namun jikalau saya imbas kembali, sekiranya saya menerima tawaran BH, mungkin untuk satu masa yang panjang saya tidak akan dapat menghabiskan masa dengan keluarga, teman-teman, dan yang paling penting, kasih sayang untuk orang-orang yang saya sayang.
Mungkin juga gaji lebih daripada sekarang, tapi mampu kah saya untuk berkorban untuk sesuatu yang saya tidak pasti?? emm...mungkin tidak...Saya tahu Tuhan itu bekerja dan selalu menolong... tapi saya juga terfikir, mungkin juga dia ingin menguji saya, sama ada saya sanggup pergi atau tidak semata-mata untuk saya fikirkan sesuatu yang dapat menjamin kerjaya saya atau kestabilan kewangan.
Saya bukanlah kanak-kanak yang membesar dan digolongkan dalam kategori "budak pintar"..jauh sekali jika dikatakan sebagai pelajar cemerlang. Tapi bila saya berfikir dengan lebih jauh...dan mengimbas kembali, saya sering berusaha untuk melakukan mengikut kemampuan diri sendiri.
Apa azam saya? Saya orang yang sederhana, baik dalam pergaulan hinggalah kepada cara pemakaian.
Harapan saya sederhana, saya ingin jalani kehidupan ini dengan hati yang gembira, disamping keluarga, dan orang yang saya sayangi...dan dapat rasakan kasih sayang antara satu sama lain.
Saya berfikir, tiada gunanya sekiranya saya memperolehi semua kekayaan di dunia atau kerjaya yang sangat baik, semata-mata untuk kepentingan diri sendiri sehingga meninggalkan keluarga dalam keadaan yang abstrak.
Saya tidak sanggup hancurkan hati ibubapa yang membesarkan saya. Bagi saya, keluarga adalah nombor satu dalam hidup saya. Walaupun kami bukan orang yang berada, dan ibubapa saya tidaklah mempunyai pendidikan yang tinggi, tapi saya bersyukur untuk kasih mereka dan pengorbanan hingga saya dan seorang lagi adik saya dapat melanjutkan pelajaran ke Univerisiti.
Itu adalah amanah mereka terhadap kami, dan saya juga bersyukur walaupun ibubapa saya orang biasa dan boleh dikatakan kami orang yang agak susah, tapi ibubapa tetap tabah untuk menyekolahkan kami adik-beradik.
Itu adalah kasih yang terbesar, saya berfikir sekiranya saya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan apa yang saya inginkan, saya sebenarnya gagal dalam kehidupan ini. Biarlah saya bermula dari bawah, asalkan mereka di sisi saya dan harapan saya, saya tidak mahu hidup senang sekiranya saya mengorbankan keluarga.

"Untuk apa saya hidup di dunia tanpa orang yang saya kasihi Tuhan?
Untuk apa saya korbankan mereka untuk mengejar keinginan hati yang bertentangan dengan kehendak-Mu?
Tiada sebab untuk meninggalkan mereka dan Engkau Tuhan?."

Monday, July 18, 2011

Bersyukur dan hargai

Hidup ini perlu disyukuri dan dihargai, walaupun ketika ini kita masih belum jelas dengan perjalanan hidup kita.
Ya..bukan mudah mengharungi badai hidup ini, namun di atas segalanya itu, kita seperti masih merangkak untuk mengeri apa tujuan hidup ini.
Saya berfikir, kenapakah Tuhan benarkan hal itu dan ini berlaku dalam hidup ini? Sememangnya saya tidak ingin keluar dari zon selesa, tapi kenapkah dibenarkan oleh-Nya?
Saya berfikir sejenak, mungikin Dia ingin mematangkan saya dalam menjalani hidup ini...mungkin ada rancangan lain...tapi yang pastinya, setiap individu inginkan kejayaan di dalam hidup sebelum pergi untuk selamanya.
Sekiranya kita terus menjalani hidup ini tanpa belajar sesuatu apa pun, kita adalah manusia yang rugi...hidup ini singkat, realitinya...kita akan pergi untuk selamanya, bukan di dunia ini, tapi ke tahap permulaan hidup yang baru.
Saya menyedarinya, namun sebagai manusia sering kali gagal untuk menghargai, namun sebaliknya khuatir dan takut menghadapi segala mungkin musibah, di situlah kita harus BERSANDAR kepada Tuhan yang memengang dan mengetahui segalanya.

" Tuhan, ini hidup saya, saya berikan kepada-Mu,
Jagalah langkah ini, agar tidak sesat,
Ajar saya menghargai setiap detik dan selalu bersyukur, Amen."

Tuesday, July 5, 2011

TIDAK DISEDARI

Memang tidak disedari, kini umur dah meningkat (^_^) huuu....syukur sebab Tuhan itu sentiasa baik untuk saya.
Pagi ini semasa dalam perjalanan ke tempat kerja melalui jalan Penampang ke Likas, semasa c bapa sedang memandu, tiba2 saya ternampak puncak gunung Kinabalu...uuuhhhh...selama ini saya tidak sedar pula walaupun selalu lalu di tempat ini.
Tiba2 saya ditegur, seperti sikap saya itu yang selalu memikir kerja telah menjauhkan diri saya dengan Tuhan, bukan hanya kerja tapi keingainan diri dan pelbagai faktor lain... tidak tahulah bagaimana mau dikatakan...
Mungkin juga Roh Kudus ingin saya kembali untuk mengingati bahawa apa yang saya ada sekarang harus disyukuri dan berterima kasih kepada Tuhan dan Dia tidak pernah meninggalkan saya.
Saya sedar, sering kali, saya mengalami stress kerana tekanan kerja, tapi ini yang saya doakan dan minta, saya masih mengingati doa saya itu, jadi mau cakap pun susah.
Pengajarannya adalah berfikir apa kehendak Tuhan dalam diri kita sendiri, tapi saya juga berdoa, sekiranya saya melupakan Tuhan kalau saya menjadi salah satu saluran maklumat, maknanya ini bukan untuk saya, tapi sebaliknya, namun syukur, bukan senang dalam dunia media ini kerana banyak cabarana yang terpaksa ditempuhi.
Walaubagaimanapun, apa juga pekerjaan kita, pasti ada cabaran yang tersendiri, pada pendapat saya...cuma saya yakin Tuhan tidak akan tinggalkan saya dalam alam pekerjaan seperti ini walaupun kadang-kala saya tidak dapat berbakti.
Apa yang saya harap sekarang ini, agar Tuhan buka jalan untuk saya menempuh satu alam pekerjaan yang dapat memberikan saya kepuasan dari segi rohani dan minda.
Tapi saya hairan, seperti hati saya bukan dalam bidang ini, cuma sekarang seperti saya hanya bertahan kerana tuntutan hidup... jika diimbas kembali Tuhan telah menyertai saya sehingga sekarang dalam bidang ini.

Monday, July 4, 2011

Bersih dan media

Baru-baru ini media hangat memaparkan mengenai perhimpunan haram Bersih (haram utk istilah kerajaan), saya tertarik dengan istilah penggunaan istilah sultan, sekiranya Bersih tetap mengadakan perhimpunan itu, maknanya akan mengingkari perintah sultan...tapi saya terfikir... sultan itu untuk siapa? adakah untuk semua negeri di Malaysia atau khas untuk negeri yang ada sultan saja?

Tapi terfikirkah pihak-pihak tertentu...adakah semua rakyat Malaysia mengisytiharkan Sultan itu sebagai " Sultan" mereka atau hanya sebaliknya, atau juga tidak menghiraukan istilah ingkar sultan...memandangkan sultan juga adalah manusia, sama seperti rakyat yang lain, tinggal di negeri ini ...cuma pada pendapat saya, seseorang itu hanya hanya dianggap sebagai sultan sekiranya dia mendapat pengiktirafan daripada semua orang.

Seperti konsep negara, seseorang itu diiktiraf bahawa itu adalah negerinya sekiranya penduduk itu mengakui dirinya sebagai raja (sejarah), tapikan...negara ini terdiri daripada rakyat majmuk, jadi sultan itu untuk orang apa, setahu saya....sultan selalu dikaitkan dengan orang Melayu, tapi mengikut sejarah pribumi sabah dan sarawak, tiada istilah sultan...jadi adakah semua kaum di negara ini mengiktiraf sultan sebagai lambang kepimpinan?

Saya terfikir, adakah ianya masih releven pada masa kini? Adakah apa yang dilakukan oleh kerajaan benar-benar dapat dilaksanakan... Tapi bukankah perkauman sekiranya pemimpin sering menyuarakan mengenai hak orang melayu? bagaimana hak yang kaum yang lain? sekiranya ini terus dilaungkan, sudah pasti ada pihak yang mual dengan agenda ini, ini kerana pihak media sering mengetengahkan isu ini.

Pada pendapat saya, adalah bijak sekiranya mengkaji semula semula isu yang timbul, tanya rakyat apa yang dikehendaki tanpa ada niat politik, agenda tersembunyi, tapi laksanakan dengan jujur dan ikhlas tanpa mengira kaum dan agama.

Saya hanya memberikan pandangan secara peribadi, tapi saya juga tidak menyokong mana-mana pihak, saya cuma suka berfikir dan menyelidik.

Tapi apa pun, berdoalah agar negara kita sentiasa aman... sebagai orang percaya, kita tidak memberontak, kita hanya berdoa dan bertenang menghadapi keadaan seperti ini, kerana kita percaya, semuanya itu telah tertulis, apabila di akhir zaman, kerajaan melawan kerajaan dan rakyat melawan kerajaan.

Saturday, July 2, 2011

Empangan Kg. Tambatuon

Uh...dah lama tidak tengok ini blog eh...teda jg yg sy mau kongsi...bila keja dgn media, kdg2 tidak punya masa utk diri sdri..tpi syukur hujung minggu hri ni ada msa jg..
spt mggu lalu agak sibuk bila kena cover Kg.Tambatuon di KB pasal cadangan pembinaan empangan.
Bila dengar luahan penduduk kg sana, rasa kasihan dan kesal jg d mana pergi pemimpin d sana? napa tidak disuarakan pendapat penduduk kg.
Tempat tu cantik, tpi mestikah pembinaan empangan itu diteruskan? sekiranya ya, kasian penduduk kg sana, di mana tempat mereka mesti dipindahkan...tpi yg paling sy ingat " Adakah kehidupan kami akan bertambah senang atau sebaliknya klu kmi dipindahkan," " pampasan itu bukan soalnya, kami tidak meminta  pampasan, soalnya adalah ini tanah kami, tempat kami mencari rezeki dan dibesarkan," " kami mau lihat hasil usaha kami (hasil pertanian) dan kemajuan yang tlh kmi capai."
Sekiranya difikirkan, klu kg itu benar2 dijadikan empangan, tenggelamlah kg itu dengan seribu memori dan cerita turun temurun kg itu...tiada yg tinggal, hanya sebuah empangan...dan tenggelamlah usaha penduduk kg selama berpuluh2 tahun, mungkin jg sebelum penjajah datang di negeri ini...siapa yang tau...
Tapi apa pun, sy harapkan yg terbaik utk kg itu...dan harap pihak berkenaan tahu apa yg harus dilakukan, kerana penduduk kg ini bukan tolak pembangunan dan kemajuan, cuma mereka harapkan ada alternatif lain...

Saturday, April 10, 2010

Kelegaan yang hidup...

Hari ini rasa seperti tidak mau berbicara tentang media, tapi mahu tulis sesuatu yang lahir daripada hati saya sekarang, emmm..mungkin juga boleh dibuat sajak atau lirik lagu hehe (^_^) blur sekejap...

Hati terbeban ,
masa depan yang tidak pasti,
masih terbuai dengan mimpi,
semakin menjauh daripada Yesus
Tapi yang pasti hati ini tidak mahu timggalkan Mu
Yesus...

Semakinku menjauh semakin Engkau memanggilku
Yesus terima kasih kerna tangan-Mu tak melepaskan ku,
kerna namaku tertulis ditelapak tangan-Mu,
Sungguh besar kasih-Mu kepada ku
 hati dan hidup ini milik-Mu

Ku tak dapat hidup tanpa-Mu,
yang ku mahu bukan kekayaan tapi dekat dengan-Mu,
hanya itu buatkan ku tenang...
Hanya Engkau buatku hidup

"Yesus, Engkau sangat baik untuk semua orang yang datang kepada-MU, takkan Kau biarkan hati yang mencari Engkau...Amen"