Baru-baru ini media hangat memaparkan mengenai perhimpunan haram Bersih (haram utk istilah kerajaan), saya tertarik dengan istilah penggunaan istilah sultan, sekiranya Bersih tetap mengadakan perhimpunan itu, maknanya akan mengingkari perintah sultan...tapi saya terfikir... sultan itu untuk siapa? adakah untuk semua negeri di Malaysia atau khas untuk negeri yang ada sultan saja?
Tapi terfikirkah pihak-pihak tertentu...adakah semua rakyat Malaysia mengisytiharkan Sultan itu sebagai " Sultan" mereka atau hanya sebaliknya, atau juga tidak menghiraukan istilah ingkar sultan...memandangkan sultan juga adalah manusia, sama seperti rakyat yang lain, tinggal di negeri ini ...cuma pada pendapat saya, seseorang itu hanya hanya dianggap sebagai sultan sekiranya dia mendapat pengiktirafan daripada semua orang.
Seperti konsep negara, seseorang itu diiktiraf bahawa itu adalah negerinya sekiranya penduduk itu mengakui dirinya sebagai raja (sejarah), tapikan...negara ini terdiri daripada rakyat majmuk, jadi sultan itu untuk orang apa, setahu saya....sultan selalu dikaitkan dengan orang Melayu, tapi mengikut sejarah pribumi sabah dan sarawak, tiada istilah sultan...jadi adakah semua kaum di negara ini mengiktiraf sultan sebagai lambang kepimpinan?
Saya terfikir, adakah ianya masih releven pada masa kini? Adakah apa yang dilakukan oleh kerajaan benar-benar dapat dilaksanakan... Tapi bukankah perkauman sekiranya pemimpin sering menyuarakan mengenai hak orang melayu? bagaimana hak yang kaum yang lain? sekiranya ini terus dilaungkan, sudah pasti ada pihak yang mual dengan agenda ini, ini kerana pihak media sering mengetengahkan isu ini.
Pada pendapat saya, adalah bijak sekiranya mengkaji semula semula isu yang timbul, tanya rakyat apa yang dikehendaki tanpa ada niat politik, agenda tersembunyi, tapi laksanakan dengan jujur dan ikhlas tanpa mengira kaum dan agama.
Saya hanya memberikan pandangan secara peribadi, tapi saya juga tidak menyokong mana-mana pihak, saya cuma suka berfikir dan menyelidik.
Tapi apa pun, berdoalah agar negara kita sentiasa aman... sebagai orang percaya, kita tidak memberontak, kita hanya berdoa dan bertenang menghadapi keadaan seperti ini, kerana kita percaya, semuanya itu telah tertulis, apabila di akhir zaman, kerajaan melawan kerajaan dan rakyat melawan kerajaan.
No comments:
Post a Comment