Hidup ini perlu disyukuri dan dihargai, walaupun ketika ini kita masih belum jelas dengan perjalanan hidup kita.
Ya..bukan mudah mengharungi badai hidup ini, namun di atas segalanya itu, kita seperti masih merangkak untuk mengeri apa tujuan hidup ini.
Saya berfikir, kenapakah Tuhan benarkan hal itu dan ini berlaku dalam hidup ini? Sememangnya saya tidak ingin keluar dari zon selesa, tapi kenapkah dibenarkan oleh-Nya?
Saya berfikir sejenak, mungikin Dia ingin mematangkan saya dalam menjalani hidup ini...mungkin ada rancangan lain...tapi yang pastinya, setiap individu inginkan kejayaan di dalam hidup sebelum pergi untuk selamanya.
Sekiranya kita terus menjalani hidup ini tanpa belajar sesuatu apa pun, kita adalah manusia yang rugi...hidup ini singkat, realitinya...kita akan pergi untuk selamanya, bukan di dunia ini, tapi ke tahap permulaan hidup yang baru.
Saya menyedarinya, namun sebagai manusia sering kali gagal untuk menghargai, namun sebaliknya khuatir dan takut menghadapi segala mungkin musibah, di situlah kita harus BERSANDAR kepada Tuhan yang memengang dan mengetahui segalanya.
" Tuhan, ini hidup saya, saya berikan kepada-Mu,
Jagalah langkah ini, agar tidak sesat,
Ajar saya menghargai setiap detik dan selalu bersyukur, Amen."
Hidup tanpa arah tuju adalah seperti lalang yang ditiup angin, di mana angin membawanya, di sanalah ia bertumbuh...hidup ini harus dihargai, walaupun sesaat atau bertahun kita rasa beban yang berat. Yesus selalu ada untuk saya dan anda jika kita rela Dia menopang hidup kita. KONGSIKAN KASIH ANDA UNTUK YANG LAIN...
Media
Si KILALIS@ lalis :) 2011
Monday, July 18, 2011
Tuesday, July 5, 2011
TIDAK DISEDARI
Memang tidak disedari, kini umur dah meningkat (^_^) huuu....syukur sebab Tuhan itu sentiasa baik untuk saya.
Pagi ini semasa dalam perjalanan ke tempat kerja melalui jalan Penampang ke Likas, semasa c bapa sedang memandu, tiba2 saya ternampak puncak gunung Kinabalu...uuuhhhh...selama ini saya tidak sedar pula walaupun selalu lalu di tempat ini.
Tiba2 saya ditegur, seperti sikap saya itu yang selalu memikir kerja telah menjauhkan diri saya dengan Tuhan, bukan hanya kerja tapi keingainan diri dan pelbagai faktor lain... tidak tahulah bagaimana mau dikatakan...
Mungkin juga Roh Kudus ingin saya kembali untuk mengingati bahawa apa yang saya ada sekarang harus disyukuri dan berterima kasih kepada Tuhan dan Dia tidak pernah meninggalkan saya.
Saya sedar, sering kali, saya mengalami stress kerana tekanan kerja, tapi ini yang saya doakan dan minta, saya masih mengingati doa saya itu, jadi mau cakap pun susah.
Pengajarannya adalah berfikir apa kehendak Tuhan dalam diri kita sendiri, tapi saya juga berdoa, sekiranya saya melupakan Tuhan kalau saya menjadi salah satu saluran maklumat, maknanya ini bukan untuk saya, tapi sebaliknya, namun syukur, bukan senang dalam dunia media ini kerana banyak cabarana yang terpaksa ditempuhi.
Walaubagaimanapun, apa juga pekerjaan kita, pasti ada cabaran yang tersendiri, pada pendapat saya...cuma saya yakin Tuhan tidak akan tinggalkan saya dalam alam pekerjaan seperti ini walaupun kadang-kala saya tidak dapat berbakti.
Apa yang saya harap sekarang ini, agar Tuhan buka jalan untuk saya menempuh satu alam pekerjaan yang dapat memberikan saya kepuasan dari segi rohani dan minda.
Tapi saya hairan, seperti hati saya bukan dalam bidang ini, cuma sekarang seperti saya hanya bertahan kerana tuntutan hidup... jika diimbas kembali Tuhan telah menyertai saya sehingga sekarang dalam bidang ini.

Monday, July 4, 2011
Bersih dan media
Baru-baru ini media hangat memaparkan mengenai perhimpunan haram Bersih (haram utk istilah kerajaan), saya tertarik dengan istilah penggunaan istilah sultan, sekiranya Bersih tetap mengadakan perhimpunan itu, maknanya akan mengingkari perintah sultan...tapi saya terfikir... sultan itu untuk siapa? adakah untuk semua negeri di Malaysia atau khas untuk negeri yang ada sultan saja?
Tapi terfikirkah pihak-pihak tertentu...adakah semua rakyat Malaysia mengisytiharkan Sultan itu sebagai " Sultan" mereka atau hanya sebaliknya, atau juga tidak menghiraukan istilah ingkar sultan...memandangkan sultan juga adalah manusia, sama seperti rakyat yang lain, tinggal di negeri ini ...cuma pada pendapat saya, seseorang itu hanya hanya dianggap sebagai sultan sekiranya dia mendapat pengiktirafan daripada semua orang.
Seperti konsep negara, seseorang itu diiktiraf bahawa itu adalah negerinya sekiranya penduduk itu mengakui dirinya sebagai raja (sejarah), tapikan...negara ini terdiri daripada rakyat majmuk, jadi sultan itu untuk orang apa, setahu saya....sultan selalu dikaitkan dengan orang Melayu, tapi mengikut sejarah pribumi sabah dan sarawak, tiada istilah sultan...jadi adakah semua kaum di negara ini mengiktiraf sultan sebagai lambang kepimpinan?
Saya terfikir, adakah ianya masih releven pada masa kini? Adakah apa yang dilakukan oleh kerajaan benar-benar dapat dilaksanakan... Tapi bukankah perkauman sekiranya pemimpin sering menyuarakan mengenai hak orang melayu? bagaimana hak yang kaum yang lain? sekiranya ini terus dilaungkan, sudah pasti ada pihak yang mual dengan agenda ini, ini kerana pihak media sering mengetengahkan isu ini.
Pada pendapat saya, adalah bijak sekiranya mengkaji semula semula isu yang timbul, tanya rakyat apa yang dikehendaki tanpa ada niat politik, agenda tersembunyi, tapi laksanakan dengan jujur dan ikhlas tanpa mengira kaum dan agama.
Saya hanya memberikan pandangan secara peribadi, tapi saya juga tidak menyokong mana-mana pihak, saya cuma suka berfikir dan menyelidik.
Tapi apa pun, berdoalah agar negara kita sentiasa aman... sebagai orang percaya, kita tidak memberontak, kita hanya berdoa dan bertenang menghadapi keadaan seperti ini, kerana kita percaya, semuanya itu telah tertulis, apabila di akhir zaman, kerajaan melawan kerajaan dan rakyat melawan kerajaan.

Saturday, July 2, 2011
Empangan Kg. Tambatuon
Uh...dah lama tidak tengok ini blog eh...teda jg yg sy mau kongsi...bila keja dgn media, kdg2 tidak punya masa utk diri sdri..tpi syukur hujung minggu hri ni ada msa jg..
spt mggu lalu agak sibuk bila kena cover Kg.Tambatuon di KB pasal cadangan pembinaan empangan.
Bila dengar luahan penduduk kg sana, rasa kasihan dan kesal jg d mana pergi pemimpin d sana? napa tidak disuarakan pendapat penduduk kg.
Tempat tu cantik, tpi mestikah pembinaan empangan itu diteruskan? sekiranya ya, kasian penduduk kg sana, di mana tempat mereka mesti dipindahkan...tpi yg paling sy ingat " Adakah kehidupan kami akan bertambah senang atau sebaliknya klu kmi dipindahkan," " pampasan itu bukan soalnya, kami tidak meminta pampasan, soalnya adalah ini tanah kami, tempat kami mencari rezeki dan dibesarkan," " kami mau lihat hasil usaha kami (hasil pertanian) dan kemajuan yang tlh kmi capai."
Sekiranya difikirkan, klu kg itu benar2 dijadikan empangan, tenggelamlah kg itu dengan seribu memori dan cerita turun temurun kg itu...tiada yg tinggal, hanya sebuah empangan...dan tenggelamlah usaha penduduk kg selama berpuluh2 tahun, mungkin jg sebelum penjajah datang di negeri ini...siapa yang tau...
Tapi apa pun, sy harapkan yg terbaik utk kg itu...dan harap pihak berkenaan tahu apa yg harus dilakukan, kerana penduduk kg ini bukan tolak pembangunan dan kemajuan, cuma mereka harapkan ada alternatif lain...

Subscribe to:
Posts (Atom)