Memang tidak disedari, kini umur dah meningkat (^_^) huuu....syukur sebab Tuhan itu sentiasa baik untuk saya.
Pagi ini semasa dalam perjalanan ke tempat kerja melalui jalan Penampang ke Likas, semasa c bapa sedang memandu, tiba2 saya ternampak puncak gunung Kinabalu...uuuhhhh...selama ini saya tidak sedar pula walaupun selalu lalu di tempat ini.
Tiba2 saya ditegur, seperti sikap saya itu yang selalu memikir kerja telah menjauhkan diri saya dengan Tuhan, bukan hanya kerja tapi keingainan diri dan pelbagai faktor lain... tidak tahulah bagaimana mau dikatakan...
Mungkin juga Roh Kudus ingin saya kembali untuk mengingati bahawa apa yang saya ada sekarang harus disyukuri dan berterima kasih kepada Tuhan dan Dia tidak pernah meninggalkan saya.
Saya sedar, sering kali, saya mengalami stress kerana tekanan kerja, tapi ini yang saya doakan dan minta, saya masih mengingati doa saya itu, jadi mau cakap pun susah.
Pengajarannya adalah berfikir apa kehendak Tuhan dalam diri kita sendiri, tapi saya juga berdoa, sekiranya saya melupakan Tuhan kalau saya menjadi salah satu saluran maklumat, maknanya ini bukan untuk saya, tapi sebaliknya, namun syukur, bukan senang dalam dunia media ini kerana banyak cabarana yang terpaksa ditempuhi.
Walaubagaimanapun, apa juga pekerjaan kita, pasti ada cabaran yang tersendiri, pada pendapat saya...cuma saya yakin Tuhan tidak akan tinggalkan saya dalam alam pekerjaan seperti ini walaupun kadang-kala saya tidak dapat berbakti.
Apa yang saya harap sekarang ini, agar Tuhan buka jalan untuk saya menempuh satu alam pekerjaan yang dapat memberikan saya kepuasan dari segi rohani dan minda.
Tapi saya hairan, seperti hati saya bukan dalam bidang ini, cuma sekarang seperti saya hanya bertahan kerana tuntutan hidup... jika diimbas kembali Tuhan telah menyertai saya sehingga sekarang dalam bidang ini.
No comments:
Post a Comment