Media

Media
Si KILALIS@ lalis :) 2011

Sunday, January 24, 2010

Harapan yang pasti?


Emmmm.... harapan... setiap manusia memiliki harapan, seorang anak kecil berharap akan diberikan perhatian, kasih sayang dan mungkin juga hadiah yang dapat menyenangkan hati si kecil dan tersenyum gembira sambil memeluk ayah dan ibunya. Itu adalah harapan si anak kecil...namun apabila telah dewasa kita mempunyai harapan yang semakin besar dan kita berusaha untuk menggapainya seperti menggapai bintang di langit yang kelihatan sangat cantik apabila pada waktu malam...

Fikiran ini ligat berfikir... adakah doa akan dijawab oleh Tuhan... dan yang pasti Dia akan menjawab sesuai dengan waktunya dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik. Pernah suatu ketika... pertanyaan ini timbul "Tuhan mengapa Engkau tidak memberikan apa yang saya inginkan?" sehinggakan dalam "mind set" ini sememangnya Dia tidak akan memberikan apa yang diinginkan dan mustahil dapat menggapai impian tersebut, sememangnya hati agak sedih, namun sejurus kemudian suatu suara dalam hati mengingatkan tentang satu hal "hey, bukankah engkau telah memberikan hidupmu kepada-Nya? Dan engaku berdoa terjadilah kehendak-Mu dalam hidupku". Emmm saya akui itu dan selalunya kehendak Tuhan bertentangan dengan keinginan hati kecil ini... dan saya tidak pernah salahkan Dia untuk apa yang telah Dia lakukan dalam hidup saya.

Saya senang untuk menggongsikan sebuah cerita mengenai seorang remaja perempuan, remaja ini berusia 15 tahun sedang mencatatkan rancanganya untuk masa depannya di dalam bilik kecilnya semasa semua ahli keluarganya tela tidur... dia mencatatkan cita-citanya...kerjaya yang diingininya...keputusan peperiksaannya...hinggalah kepada teman hidupnya walaupun ketika itu dia tidak memiliki seorang teman yang istimewa...sungguh jauh pandangannya dalam hidup. Sesudah semuanya selesai, remaja ini berdoa "Tuhan ini apa yang saya inginkan dan saya serahkan kedalam tangan-Mu, terjadilah seperti kehendak-Mu." Remaja ini mula menjalani kehidupan-Nya setiap hari dan didapatinya seperti Tuhan tidak menjawab doanya (keinginannya) dan bertanya "Tuhan dimanakah Engkau?". seperti tidak ada jawapan untuk pertanyaan itu...

Beberapa tahun telah berlalu...remaja itu semakin dewasa... dia melihat kembali senarainya yang pernah ditulisnya beberapa tahun dahulu, setelah mengamati setiap perkara yang ditulisnya...barulah dia tersedar bahawa Tuhan telah menjawap doanya selama beberapa tahun ini hanya dia yang tidak menyedarinya... dan setiap hari dia mula melihat perkerjaan Tuhan dalam hidupnya. walaupun bukan semua yang diingininya berlaku dan Tuhan membenarkannya terjadi sebenarnya itulah yang terbaik untuknya.

Daripada cerita itu, kadang-kala Tuhan tidak memberikan apa yang kita harapkan dan kita mula mempersoalkan kekuasaan-Nya dan kewujudan-Nya... kadang-kala juga kita merasakan Tuhan lambat menjawap doa kita sehingga iman kita semakin terkubur oleh perasaan kita sendiri. Hey, tapi cuba fikirkan, pertolongan Tuhan tidak pernah terlambat tapi tepat pada waktunya, kita mempersoalkan kekuasaan-Nya kerana kita lupa berdoa untuk iman kita sendiri untuk terus bertahan...

Kesimpulannya... harapan kita adalah harapan yang pasti!!! tapi bukan semua harapan itu baik untuk kita, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita... jikalau kita inginkan hidup yang indah berikanlah hidup kepada-Nya dan menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat secara peribadi... hidup seorang kristian tidak selalunya indah kerana kita mungkin akan ditolak oleh dunia dan cabaran itu semakin berat...tapi kunci segalanya adalah bersyukur... bila hati kita bersyukur kepada Tuhan dan benar-benar menyerahkan hidup kepada-Nya anda akan bersuka cita dalam kesesakan hidup...itulah kehidupan seorang kristian...

Dan kunci menanti jawapan Tuhan adalah kesabaran dan melakukan kehendak-Nya... Tuhan menyertai kita, Tuhan menjaga hati kita dan oleh itu kita tidak perlu takut untuk bersekemuka untuk hari esok... :)

Matius 6: 25-34 saya suka ayat firman Tuhan ini, tapi ayat emas yang saya pilih adalah Mat 6: 32 -34" Semua itu dicari bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Akan tetapi Bapamu yang disorga tahu, bahawa kamu memerlukan semuanya itu. Tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan keberanrannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. Sebab itu janganlah kamu khuatir akan hari besok, karena hari esok mempunyai kesusahanya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari." Jangan baca saja, tapi fikirkan dan renungkan...

" Bapa yang berkuasa di bumi dan di Sorga, saya ingin mengakui kekuasaan-Mu dalam kehidupan saya dan untuk setipa perkara yang telah dan akan saya lakukan kerna Engkaulah kekuatan dan penghibur saya... dalam nama Tuhan Yesus... Amen."


Saturday, January 23, 2010

Masalah adalah kecil berbanding Dia


Setiap manusia mempunyai masalah yang berbeza dan masalah itu bergantung dengan tafsiran diri sendiri, sama ada masalah itu besar atau kecil ianya bergantung kepada diri sendiri. Sesuatu perkara itu akan menjadi masalah apabila kita beranggapan perkara itu adalah masalah untuk kita.

Masalah yang difaskirkan itu akan menjadi beban kepada kita, hal ini sangat kita sedari apabila tumpuan kita mulai hilang... dan seperti ada sesuatu yang begitu menekan hati kita sehingga kita tidak dapat mengucapkan dengan kata-kata sahaja. Sering kali dalam fikiran kita akan timbul persoalan ini "mengapakah hal ini terjadi?" atau "mengapakah Tuhan membenarkan hal ini terhadi?". Sering kali manusia tidak dapat menjawab soalan ini kerana mereka tidak menemukannya.

Keadaan akan bertambah teruk apabila kita tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, setiap kali hanya memikirkan perkara yang sama baik semasa berkerja, belajar bagi seorang pelajar dan tidak dapat melelapkan mata semasa tidur kerana fikiran kita hanya berlegar-legar mengenai hal yang sama sehinggalah pada hari esoknya. Secara tidak disedari, perkara ini boleh menjejaskan emosi kita dan seterusnya kesihatan kita mulai merosot dan akhirnya pelajaran, kerjaya , keluarga dan perhubungan kita dengan orang disekeliling kita.

1) Darimanakah masalah itu berpunca?
  • Masalah itu boleh disebabkan oleh persekitara kita. Sering kali masalah akan berlaku disebabkan oleh persekitaran kita di tempat kerja atau dimana saja kita berada. Tekanan daripada persekitaran ini menyebabkan kita tidak selesa dengan keadaan ini.
  • Perhubungan kita dengan orang lain baik dengan keluarga, sahabat di tempat kerja atau sekolah.
  • Terdapatnya ketidakpastian mengenai sesuatu perkara yang mengganggu kotak fikiran kita.
  • Satu persetujuan yang tidak dapat dicapai melalui perbincangan.
  • Wang juga boleh menyebabkan sesuatu masalah itu timbul apabila tidak diurus dengan bijak dan baik.
Selepas kita telah mengetahui beberapa contoh diatas mengenai punca-punca yang boleh menyumbang kepada masalah, jadi apakah tindakan kita yang seharusnya dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang mungkin membelenggu diri kita? fikirkan sejenak...

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut...
1) Cari dan fikirkan punca isu itu.
2)Tanya kepada diri, mengapa hal ini menjadi masalah kepada diri sendiri.
3)Bagaimanakah isu itu menyebabkan masalah.
4)Apakah yang boleh anda lakukan bagi menyelesaikan masalah itu. Senaraikan jalan penyelesaian tersebut.
5) Bagi orang yang percaya kepada Tuhan, berdoa adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Berdoa bukan sekadar berdoa tetapi juga bertindak.

Mengapa berdoa merupakan perkara yang terbaik?
Semua orang akan ada pendapat yang tersendiri untuk menjawab soalan ini. Pada pendapat anda, mengapakah doa merupakan cara yang terbaik dan mengapakah doa bukan cara terbaik sekiranya anda berfikir sedemikian?

Apakah doa itu?
Doa merupakan perhubungan kita dengan Sang Pencipta, doa adalah satu bentuk komunikasi kita dengan Dia.

Bagaimanakah hendak berdoa?
Semua orang boleh berdoa akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak berdoa kerana tidak mengamalkan cara hidup yang berdoa. Sekiranya anda tidak pandai berdoa, katakan sesuatu kepada-Nya tidak kira di mana anda berada.

"Bapa yang duduk diatas taktah, setiap masalah adalah "masa" untuk-Mu, setiap masalah akan Engkau susuli dengan berkat-MU, kerna masalah itu akan digunakkan oleh-Mu untuk membentuk saya. Biar daripada masalah itu saya dapat memberkati orang disekeliling saya...Amen..."