Setiap manusia mempunyai masalah yang berbeza dan masalah itu bergantung dengan tafsiran diri sendiri, sama ada masalah itu besar atau kecil ianya bergantung kepada diri sendiri. Sesuatu perkara itu akan menjadi masalah apabila kita beranggapan perkara itu adalah masalah untuk kita.
Masalah yang difaskirkan itu akan menjadi beban kepada kita, hal ini sangat kita sedari apabila tumpuan kita mulai hilang... dan seperti ada sesuatu yang begitu menekan hati kita sehingga kita tidak dapat mengucapkan dengan kata-kata sahaja. Sering kali dalam fikiran kita akan timbul persoalan ini "mengapakah hal ini terjadi?" atau "mengapakah Tuhan membenarkan hal ini terhadi?". Sering kali manusia tidak dapat menjawab soalan ini kerana mereka tidak menemukannya.
Keadaan akan bertambah teruk apabila kita tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, setiap kali hanya memikirkan perkara yang sama baik semasa berkerja, belajar bagi seorang pelajar dan tidak dapat melelapkan mata semasa tidur kerana fikiran kita hanya berlegar-legar mengenai hal yang sama sehinggalah pada hari esoknya. Secara tidak disedari, perkara ini boleh menjejaskan emosi kita dan seterusnya kesihatan kita mulai merosot dan akhirnya pelajaran, kerjaya , keluarga dan perhubungan kita dengan orang disekeliling kita.
1) Darimanakah masalah itu berpunca?
- Masalah itu boleh disebabkan oleh persekitara kita. Sering kali masalah akan berlaku disebabkan oleh persekitaran kita di tempat kerja atau dimana saja kita berada. Tekanan daripada persekitaran ini menyebabkan kita tidak selesa dengan keadaan ini.
- Perhubungan kita dengan orang lain baik dengan keluarga, sahabat di tempat kerja atau sekolah.
- Terdapatnya ketidakpastian mengenai sesuatu perkara yang mengganggu kotak fikiran kita.
- Satu persetujuan yang tidak dapat dicapai melalui perbincangan.
- Wang juga boleh menyebabkan sesuatu masalah itu timbul apabila tidak diurus dengan bijak dan baik.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut...
1) Cari dan fikirkan punca isu itu.
2)Tanya kepada diri, mengapa hal ini menjadi masalah kepada diri sendiri.
3)Bagaimanakah isu itu menyebabkan masalah.
4)Apakah yang boleh anda lakukan bagi menyelesaikan masalah itu. Senaraikan jalan penyelesaian tersebut.
5) Bagi orang yang percaya kepada Tuhan, berdoa adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Berdoa bukan sekadar berdoa tetapi juga bertindak.
Mengapa berdoa merupakan perkara yang terbaik?
Semua orang akan ada pendapat yang tersendiri untuk menjawab soalan ini. Pada pendapat anda, mengapakah doa merupakan cara yang terbaik dan mengapakah doa bukan cara terbaik sekiranya anda berfikir sedemikian?
Apakah doa itu?
Doa merupakan perhubungan kita dengan Sang Pencipta, doa adalah satu bentuk komunikasi kita dengan Dia.
Bagaimanakah hendak berdoa?
Semua orang boleh berdoa akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak berdoa kerana tidak mengamalkan cara hidup yang berdoa. Sekiranya anda tidak pandai berdoa, katakan sesuatu kepada-Nya tidak kira di mana anda berada.
"Bapa yang duduk diatas taktah, setiap masalah adalah "masa" untuk-Mu, setiap masalah akan Engkau susuli dengan berkat-MU, kerna masalah itu akan digunakkan oleh-Mu untuk membentuk saya. Biar daripada masalah itu saya dapat memberkati orang disekeliling saya...Amen..."
ko mmang ada bkat tuk menulis owh...
ReplyDeleteko dpt lakukan sesuatu yg mcm tu... nice try...
nice try babe.. hehe
ReplyDeletegonna be your follower.. hahaha..
like ur spirits..
"kekuatan dan kehidupan..
;p