Media

Media
Si KILALIS@ lalis :) 2011

Sunday, January 24, 2010

Harapan yang pasti?


Emmmm.... harapan... setiap manusia memiliki harapan, seorang anak kecil berharap akan diberikan perhatian, kasih sayang dan mungkin juga hadiah yang dapat menyenangkan hati si kecil dan tersenyum gembira sambil memeluk ayah dan ibunya. Itu adalah harapan si anak kecil...namun apabila telah dewasa kita mempunyai harapan yang semakin besar dan kita berusaha untuk menggapainya seperti menggapai bintang di langit yang kelihatan sangat cantik apabila pada waktu malam...

Fikiran ini ligat berfikir... adakah doa akan dijawab oleh Tuhan... dan yang pasti Dia akan menjawab sesuai dengan waktunya dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik. Pernah suatu ketika... pertanyaan ini timbul "Tuhan mengapa Engkau tidak memberikan apa yang saya inginkan?" sehinggakan dalam "mind set" ini sememangnya Dia tidak akan memberikan apa yang diinginkan dan mustahil dapat menggapai impian tersebut, sememangnya hati agak sedih, namun sejurus kemudian suatu suara dalam hati mengingatkan tentang satu hal "hey, bukankah engkau telah memberikan hidupmu kepada-Nya? Dan engaku berdoa terjadilah kehendak-Mu dalam hidupku". Emmm saya akui itu dan selalunya kehendak Tuhan bertentangan dengan keinginan hati kecil ini... dan saya tidak pernah salahkan Dia untuk apa yang telah Dia lakukan dalam hidup saya.

Saya senang untuk menggongsikan sebuah cerita mengenai seorang remaja perempuan, remaja ini berusia 15 tahun sedang mencatatkan rancanganya untuk masa depannya di dalam bilik kecilnya semasa semua ahli keluarganya tela tidur... dia mencatatkan cita-citanya...kerjaya yang diingininya...keputusan peperiksaannya...hinggalah kepada teman hidupnya walaupun ketika itu dia tidak memiliki seorang teman yang istimewa...sungguh jauh pandangannya dalam hidup. Sesudah semuanya selesai, remaja ini berdoa "Tuhan ini apa yang saya inginkan dan saya serahkan kedalam tangan-Mu, terjadilah seperti kehendak-Mu." Remaja ini mula menjalani kehidupan-Nya setiap hari dan didapatinya seperti Tuhan tidak menjawab doanya (keinginannya) dan bertanya "Tuhan dimanakah Engkau?". seperti tidak ada jawapan untuk pertanyaan itu...

Beberapa tahun telah berlalu...remaja itu semakin dewasa... dia melihat kembali senarainya yang pernah ditulisnya beberapa tahun dahulu, setelah mengamati setiap perkara yang ditulisnya...barulah dia tersedar bahawa Tuhan telah menjawap doanya selama beberapa tahun ini hanya dia yang tidak menyedarinya... dan setiap hari dia mula melihat perkerjaan Tuhan dalam hidupnya. walaupun bukan semua yang diingininya berlaku dan Tuhan membenarkannya terjadi sebenarnya itulah yang terbaik untuknya.

Daripada cerita itu, kadang-kala Tuhan tidak memberikan apa yang kita harapkan dan kita mula mempersoalkan kekuasaan-Nya dan kewujudan-Nya... kadang-kala juga kita merasakan Tuhan lambat menjawap doa kita sehingga iman kita semakin terkubur oleh perasaan kita sendiri. Hey, tapi cuba fikirkan, pertolongan Tuhan tidak pernah terlambat tapi tepat pada waktunya, kita mempersoalkan kekuasaan-Nya kerana kita lupa berdoa untuk iman kita sendiri untuk terus bertahan...

Kesimpulannya... harapan kita adalah harapan yang pasti!!! tapi bukan semua harapan itu baik untuk kita, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita... jikalau kita inginkan hidup yang indah berikanlah hidup kepada-Nya dan menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat secara peribadi... hidup seorang kristian tidak selalunya indah kerana kita mungkin akan ditolak oleh dunia dan cabaran itu semakin berat...tapi kunci segalanya adalah bersyukur... bila hati kita bersyukur kepada Tuhan dan benar-benar menyerahkan hidup kepada-Nya anda akan bersuka cita dalam kesesakan hidup...itulah kehidupan seorang kristian...

Dan kunci menanti jawapan Tuhan adalah kesabaran dan melakukan kehendak-Nya... Tuhan menyertai kita, Tuhan menjaga hati kita dan oleh itu kita tidak perlu takut untuk bersekemuka untuk hari esok... :)

Matius 6: 25-34 saya suka ayat firman Tuhan ini, tapi ayat emas yang saya pilih adalah Mat 6: 32 -34" Semua itu dicari bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Akan tetapi Bapamu yang disorga tahu, bahawa kamu memerlukan semuanya itu. Tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan keberanrannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. Sebab itu janganlah kamu khuatir akan hari besok, karena hari esok mempunyai kesusahanya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari." Jangan baca saja, tapi fikirkan dan renungkan...

" Bapa yang berkuasa di bumi dan di Sorga, saya ingin mengakui kekuasaan-Mu dalam kehidupan saya dan untuk setipa perkara yang telah dan akan saya lakukan kerna Engkaulah kekuatan dan penghibur saya... dalam nama Tuhan Yesus... Amen."


2 comments:

  1. Ehemmm testing.
    Saya pernah kongsikan tentang Rencana/Kehendak Tuhan semasa lawatan team The Light di satu kwsn di KB tahun lpas. Sya jg x menyangka kalau sya berjaya menghuraikan perkara ini kepada jemaat yang ada di sana pada masa itu, tetapi saya pasti saya melakukan semua itu bukan melalui kekuatan/ pengetahuan saya tetapi kerana Dia yang telah menggunakan saya untuk menyampaikan mesej-Nya.

    Secara ringkasnya saya menghuraikan tentang rencana Tuhan seperti ini:

    Sebab Aku ini mengetahui rancangan- rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman Tuhan, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu masa depan yang penuh harapan.-Yeremia 29:11
    -Rencana Tuhan?
    •Mengenali kehendak Tuhan.
    1.Rencana Tuhan tidak pernah tersembunyi. Kita hanya perlu mencarinya.
    2.Rencana Tuhan= Hukum2 dan prinsip2 hidup yang telah disediakan oleh Tuhan.
    3.Berdoa- rujuk kepada Tuhan untuk memohon kepastian.
    4.Ramai org sekarang ini x memahami rencana Tuhan dalam hidup mereka. Mereka hanya memutuskan untuk diri sendiri lalu meminta Tuhan untuk menyertai /memberkati apa yang mereka lakukan. Keadaan ini lebih kurang sama sahaja dengan meminta Tuhan untuk merestui kehendak mereka.

    Saya percaya setiap kita telah dipanggil untuk satu suatu rencana yang khusus dari Dia. Apa yang pasti, kita mempunyai tujuan untuk kehidupan kita di dunia ini.
    Contoh dari Alkitab
    -Nabi Samuel, Raja Daud, Maria, Paulus, Yesus dll.
    -Misi penyelamatan Yesus kepada dunia ini. Yesus disalibkan-sudah selesai- mati

    Adakah kegagalan adalah rencana Tuhan? Manusia sering melihat kegagalan dalam hidup sebagai sebahagian drpd rencana Tuhan. Tetapi,kebanyakan drpd kegagalan adalah akibat drpd pmberontakan terhadap rencana Tuhan dan sambil lewa terhadap keperibadian diri.
    -Kegagalan sering kali berpunca drpd kelemahan pengurusan masa, kelalaian sendiri dan ketiadaan prinsip dalam membuat pilihan yg tepat.
    -Kita x meminta bmbingan Tuhan utk melakukan sesuatu dalam kehidupan peribadi kita.
    -Yesaya 8:10- buatlah rancangan,ttp akan gagal juga,ambillah keputusan ttp x terlaksana jga, sbb Allah mnyertai kami.
    -Namun, kita x menafikan bhwa Allah akan mengizinkan masalah terjadi dalam hdup kita spt yg direncanakan dalam hdup kita. Ada yg terjadi di luar kawalan dan pngertian kita.yg jelas kita ttap akan mengalaminya walaupun kita x memintanya. Oleh itu, kita kena melihatnya sbgai satu permulaan utk kehidupan yg lebih indah di bawah rencana Tuhan.kita perlu tahu bahwa rencana Allah harus terjadi agar tujuan-Nya terlaksana.
    Yang pastinya, dalam apapun masalah dan pergumulan kita,Allah sentiasa bersama dgn kita untuk menghadapi masalah dalam kehidupan kita. Dia membimbing kita bahkan menyediakan jalan keluar dari permasalahan tersebut. Allah lebih tahu apa yg terbaik dalam kehidupan kita sebab Dia la yang menciptakan kita dan Dia jugalah yang lebih mengenali kita lebih daripada kita mengenali diri kita sendiri.
    -Prinspnya adalah kita merancang tetapi biarkan Tuhan yg menentukannya.

    Akhirnya, saya mengenal pasti bahawa dalam setiap perkara yang sudah kita lakukan,samada sesuai atau tidak dengan kehendak Dia, saya masih diberikan peluang untuk melakukan seperti yang Dia kehendaki dalam kehidupan saya yang selebihnya. Ia nya sama dalam Alkitab yang terdapat dalam 1 Petrus 4:2
    -Supaya waktu yang sisa bukan digunakan untuk tujuan keinginan manusia, tetapi melakukan kehendak Allah.
    Ada cadangan untuk memperbaiki apa yang telah di tulis? hehehe... apapun, saya berharap setiap yang saya tulis ini dapat memberkati para pembaca...Tuhan memberkati.

    ReplyDelete