Media

Media
Si KILALIS@ lalis :) 2011

Thursday, February 25, 2010

Iklan dan hidup kekristianan



Dunia menjanjikan pelbagai kebahagian melalui pelbagai prodak yang berada di pasaran untuk menyenangkan hati pengguna. Ikan dicipta untuk memujuk orang ramai untuk membeli dan menyatakan prodak tersebut merupakan prodak yang terunggul dan merupakan keperluan mereka dalam hidup. Melalui strategi iklan, pendekatan emosi digunkan untuk menakutkan, memberi kegembiraan dan menyakinkan orang ramai untuk memilih prodak mereka sehingga kita tidak pernah berpuas hati untuk apa yang kita miliki.

Itu adalah strategi periklanan (sebagai pelajar komunikasi, hal ini harus saya ketahui :)) ketidakpuasan hati ini menyebabkan orang ramai ingin lebih dan lebih lagi memuaskan diri mereka, prodak berjenama dikatakan menyakinkan diri, menunjukkan reputasi, kekayaan, kemampuan, pendidikan dan kekuasaan diri... itulah sifat daging manusia.

Namun hampir tidak disedari dalam kehidupan seharian manusia mulai jatuh dan lalai kerana fesyen dan prodak yang berlambakan dipasaran dijadikan kayu ukuran untuk kepuasan diri. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan diri agar orang lain memandang tinggi terhadap mereka.

Apabila tidak ada penguasaan diri, terlalu mengingini hinggakan manusia tidak pernah bersyukur untuk apa yang mereka ada, hendak itu dan ini... Firman Tuhan mengajar kita untuk bersederhan dalam segala hal, dengan cara yang sederhana, daripada cara pemakaian kita hinggalah kepada percakapan kita.

Secara tidak disedari, iklan mulai menguasai pemikiran manusia, salah satu strategi iklan adalah mereka iklan yang dapat merangsang deria manusia (rasa, lihat, dengar, sentuh dan bau). Mereka iklan yang dapat merangsang deria manusia sehinggakan mampu diingati dan melekat dalam fikiran manusia. Strategi ini penting bagi membolehkan jenama dan prodak tersebut itu dapat diingati oleh manusia sehingga membangkitkan perasaan ingin tahu dan memujuk serta mempegaruhi orang ramai memilikinya. Disinilah pencobaan timbul apabila timbulnya keinginan untuk memiliki lebih daripada yang sepatutnya.

Orang kristian harus tahu bahawa kita sekarang ini hidup didalam era informasi menggunakan pelbagai medium teknologi komunikasi untuk berhubung. Secara dibawa separuh kesedaran, setiap hari apa bila kita bangun, kita mendengar radio, melihat TV, melayari internet, melibat majalah dan akhbar, sedar atau tidak, kita dikelilingi oleh medium komunikasi dan hampir keseluruhan kandungannya adalah iklan, iklan memujuk mata kita melihat, membaca, berfikir dan memproses maklumat yang disampaikan didalam otak sehingga merangsang deria rasa kita, akhirnya keinginan timbul "ya, saya perlukan ini', "cantik, bagaimanakah jikalau saya mencubanya" dan banyak lagi kenyataan yang muncul didalam fikiran kita.

Walaupun falsafah manusia mengatakan iklan itu penting sebagi membantu masyarakat untuk membuat pilihan prodak dan memberikan informasi mengenai sesuatu prodak atau perkhidmatan, tetapi sebagai orang kristian kita harus mengetahui apakah keperluan kita (Firman Tuhan adalah keperluan kita), kita membeli apa yang perlu dan bukan iklan yang menguasai fikiran dan kehendak kita. Hal ini kerana secara tidak disedari, pengaruh iklan sangat kuat sehinggakan membentuk corak hidup serta cara kita berfikir dalam kehidupan.

Pilihan adalah ditangan kita sebagai orang kristian, jangan dikuasi oleh iklan tapi belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada serta membuat pilihan dengan cara yang bijak, jangan disoggok dengan pujuk rayu ikan, tapi belajar untuk bersederhana. :)

"Jangan menjadi orang kirsitan yang passif terhadap media periklanan,
tapi belajar dan mengawal diri untuk menilai adakah
sesuai dengan nilai-nilai kekristianan kita."

1 comment: