Media

Media
Si KILALIS@ lalis :) 2011

Thursday, April 8, 2010

Keperluan atau keinginan? media

Saya terbaca satu pertanyaan seorang daripada teman Face Book mengajukan soalan, apa beza diantara keperluan dan keinginan, jikalau dilihat daripada segi konteks ekonomi, keperluan dan keinginan adalah dua perkara yang berbeza, keperluan adalah sesuatu yang asas dalam hidup seorang manusia untuk kelangsungan hidup dan keinginan pula adalah perasaan menginginkan sesuatu yang bukan keperluan asas manusia seperti kereta, rantai berlian dengan kata yang lain melibatkan $$$....
jikalau saya melihat dari sudut rohani kedua-dua perkara ini membawa satu makna yang amat berbeza serta bermakna. Cuba fikirkan, manusia dewasa ini memerlukan keperluan asas ini, iaitu Allah dan keperluan ini hanya boleh dicapai melalui Yesus Kristus. Keperluan hubungan yang intim dengan Allah membolehkan kita dipuaskan daripada segi rohani dan harapan dalam kehidupan, tanpa Allah disisi kita, kehidupan adalah kosong dan kita tidak dapat merasakan kelimpahan sukacita didalam diri kita.
Duduk dihadapan televisyen selama lima minit dan lihat apa yang disiarkan, iklan yang menjanjikan prodak untuk keinginan manusia dan dikatakan keperluan dengan menggunakan pelbagai teknik memujuk atau menakutkan. Hiburan duniawi menjanjikan ketenangan, maka "belilah album terbaru ini", insuran "anda tidak tahu hari esok", prodak kecantikan "kulit yang berseri", kesemua slogan ini semata-mata untuk menarik manusia membelinya dan ingin menimbulkan keinginan.
Keinginan ini juga sering dikaitkan dengan nafsu manusia, masih ingat bagaimana Hawa jatuh ke dalam dosa? Baca Kejadian 3. Hawa jatuh ke dalam dosa kerana keinginan untuk menjadi seperti Allah. Keinginan itu sudah ada sejak dahulu lagi, bahkan sejak kita dari kecil tapi terpulang bagaimana kita mengawal keinginan kita itu.
Iblis bijak, iblis tidak bodoh! dia tahu manusia sukar mengawal keinginan, dan kedagingan kita itulah yang diserangnya dahulu. Bagaimana? Iblis bukan sekadar berkerja secara menggunakan orang lain untuk melakukan pemujaan dan sihir...oh..tidak sama sekali, iblis menggunakan media juga, menggunakan deria manusia untuk merangsang nafsu manusia. Lihat fesyen "Cantik" lihat kereta "Cantik" lihat itu dan ini semuanya "HEBAT", nah, disitulah mangsa!...menimbulkan keinginan manusia untuk memiliki. Saya hairan dan sedih jikalau teringat kembali apabila beberapa pemudi di gereja hanya bercerita mengenai beg, telefon bimbit, pakaian, make up....aduh...mana kesaksian tentang kebaikan Tuhan? berkat Tuhan? secara tidak sedar, apa yang dikatakan sudah menjadi berhala untuk mereka...
Emmm, apa yang boleh saya katakan lagi, kesedaran itu penting, keinginan yang keterlaluan boleh menjadi berhala, dan ingat bukan sahaja keinginan akan material tapi juga tingkah laku. Keinginan mengatakan sesuatu juga harus diperhatikan, saya kecewa apabila di dalam Face Book hari ini post "TQ God" besoknya perkataan maki hamun dengan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang kristian, apa orang lain fikir tentang orang kristian??? eemmm hati-hati...
"Tuhan ajar saya untuk mengerti dua prkara ini agar saya dapat berhati-hati terhadap apa yang saya inginkan didalam hidup dan apa yang saya perbuat. Amen".

No comments:

Post a Comment